Debaran dan kerisauan selama beberapa bulan telah tersingkap. Bagi diriku biarpun jasad sudah berada di negeri JDT namun hati masa terkenangkan dan bimbangkan pencapaian P.Islam SEMSLAD dalam SPM 2014. Kenapa tidaknya aku meninggalkan sekolah yang merakam segala kenangan pahit manisku di sana pada bulan Julai 2014.
Pasti aku takut dengan perpindahanku ini akan menjadi sebab kejatuhan pencapaian SPM 2014 SEMSALD, dan lagi takut jika dipersalahkan dan disebut berterusan gara-gara mengajar hanya separuh tahun. Sejak berpindahnya ku di Batu Pahat ini dari semasa ke semasa aku sering menghubungi ustazah Suryana dan ustaz Nazreen bertanyakan perkembangan pelajar di sana dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
Namun 3 Mac 2015 memberikan jawapan sebenarnya yang tidak perlu lagi ditakuti olehku. Syukur alhamdulillah gred pencapaian P. Islam SEMSALD SPM 2014 menunjukkan peningkatan yang baik berbanding tahun sebelumnya. Dan aku amat bersyukur kerana dalam 9 mata pelajaran yang diambil oleh pelajar hanya P.Islam yang menunjukkan kenaikan gred. Terima kasih Ustazah Suryana, Ust. Nazreen, ustaz-ustaz yang lain serta para guru semua kerana meneruskan legasi kegemilangan P.Islam 100% A 8 tahun berturut-turut..harapnya prestasi ini dikekalkan dan mendapat yang lebih baik dalam peperiksaan akan datang.
Berikut cebisan kenangan pencapaian Pendidikan Islam sejak aku diamanahkan mengajar tingkatan 4 dan 5 di SM Sains Lahad Datu tahun 2007.. kenangan manis sepanjang hayat.
2. Tahun 2008 - GP 1.138 - Ranking ke 6 daripada 51 buah sekolah berasrama penuh
3. Tahun 2009 - GP 0.653 - Ranking ke 12 daripada 51 buah sekolah berasrama penuh
4. Tahun 2010 - GP 0.318 - Ranking ke 1 daripada 54 buah sekolah berasrama penuh
5. Tahun 2011 - GP 0.424 - Ranking ke 4 daripada 55 buah sekolah berasrama penuh
6. Tahun 2012 - GP 0.424 - Ranking ke 7 daripada 57 buah sekolah berasrama penuh
7. Tahun 2013 - GP 0.596 - Ranking ke 7 daripada 60 buah sekolah berasrama penuh
8. Tahun 2014 - GP 0.443 - Ranking ke 7 daripada 63 buah sekolah berasrama penuh
Terima kasih Semua..
No comments:
Post a Comment