My Social Link

Wednesday, May 6, 2015

Di Mana-Mana Pun Kbat...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

     
Hari ini apabila membicarakan sistem penilaian pendidikan kebangsaan mestinya para guru tidak lekang dari mempersoalkan tentang KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, terutamanya pada pada peringkat peperiksaan SPM dan PT3. Menjadi satu kerisauan yang berpanjangan bagaimana para guru dapat memahirkan diri tentang KBAT ini untuk diimplementasikan kepada pelajar semasa pengajaran di dalam kelas.

     Sejak sebulan dua ini bagaikan sudah ada seminar dan kursus KBAT di sana sini dalam usaha memahamkan guru-guru secara jelas sama ada di semenajung atau Sabah dan Sarawak. Syukur alhamdulillah saya sendiri pun ada terlibat secara langsung sebagai peserta KBAT yang dilaksanakan di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka. Seminar yang diinisiatifkan oleh pihak swasta dengan kerjasama JPN Melaka ini berjaya mengumpulkan lebih 200 peserta daripada seluruh negara. 

       Seminar yang disampaikan oleh Jurulatih Utama Kebangsaan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam ini banyak memberi input mengenai KBAT dan cara membina soalan berunsurkan KBAT. Antara intipati penting yang boleh kongsikan di sini ialah;-

1) 30% soalan KBAT dalam peperiksaan awam 2015 dan 50% untuk tahun 2016
2) Tujuan soalan KBAT untuk menguji pengetahuan pelajar secara menyeluruh dan tidak terikat             dengan teks dan fakta semata-mata.
3) Jawapan pelajar boleh diberikan berdasarkan pengalaman mereka dalam sesuatu perkara dan tidak     semestinya daripada buku teks.
4) Bentuk soalan boleh dibina untuk merangsang jawapan pelajar berbentuk ramalan, andaian atau         yang berkemungkinan berlaku.
5) Sebagai perangsang jawapan KBAT guru boleh memasukkan stimulus berbentuk gambar rajah,          peta, jadual, graf, lirik lagu atau yang difikirkan sesuai. Stimulus mestilah bersifat khusus kepada        perkara yang akan disoal dan tidak terlalu umum yang melibatkan pelajar berfikir secara kritikal.
6) contoh permulaan soalan kbat.. 
    - Mengapakah ini berlaku ...
    - Huraikan hujah anda bagi menyokong kenyataan....
    - Bagaimanakah anda mengambil iktibar.. .
    - Jelaskan....kaitan dengan pelaksanaan di sekolah
    - Apakah yang akan berlaku..
    - Cadangkan idea bagaimana....
    - Jelaskan bagaimana....
    - Apakah yg lebih utama...
    - Mengapakah ini benar?
.....Kaitkan dgn kehidupan sebenar atau luar kotak

Kesimpulannya.. soalan KBAT P.Islam SPM ni rasanya tidak jauh beza dengan bentuk penyoalan soalan-soalan sebelum ini. Kata tugas seperti Terangkan, Huraikan, Jelaskan, Bagaimanakah, Cadangkan, Bincangkan... adalah perkataan yang sering digunakan dalam bentuk penyoalan. Namun guru perlu bimbing pelajar agar jawapan lebih bersifat global dengan percambahan idea tetapi khusus kepada perkara yang ditanya.

Sekian perkongsian daripada hamba yang cetak ilmu.. BP6.5.15

No comments: