My Social Link

Saturday, May 22, 2010

Demam Peperiksaan

Demam peperiksaan kembali lagi setelah berpenat lelah dengan pelbagai aktiviti-aktiviti sekolah. Bermula 13 Mei 2010 bermulalah Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 hinggan 26 Mei nanti. Manakala bagi tingkatan 1,2 dan 3 ianya bermula 17 hingga 25 Mei 2010.

Bersedia atau tidak, takwim sekolah wajib diikuti oleh semua pelajar dan guru. Bagi setengah pelajar mungkin peperiksaan kali ini dijadikan sebagai medan untuk membalas dendam atau menebus kekecewaan dalam Ujian Februari dan Ujian Pertengahan Penggal sebelum ini. Ada juga di kalangan mereka yang ingin menjadikan peperiksaan ini untuk membaiki kedudukan dan gred purata mereka walaupun telah cemerlang sebelum ini. Di sebalik itu ada juga pelajar yang langsung tiada mengharapkan apa-apa dalam peperiksaan kali ini, sekadar bergantung kepada nasib dan takdir. Pendek kata golongan ini macam langsung tiada semangat untuk bersaing sesama rakan untuk menguasai ilmu pengetahuan.

Ayuh bagunlah wahai anak-anak didikku, celikkan mata seluasnya lihatlah sekarang sudah hampir pertengahan tahun. Kalau masih dibuai mimpi dan mengigau setiap hari bagaimana dapat untuk menyedari realiti. Bagi calon PMR dan SPM tahun ni, masa yang tinggal bagaikan sekelip mata. Kadang-kadang kita terleka kerana banyakknya aktiviti kurang bermakna berdiari dalam kepala. Ayuh bangun, jangan kau tidur masa exam tu, jawab betul-betul dengan yakin dan jangan dipedulikan kawan sebelah yang berdengkur...Ayuh bangkitlah ... tebuslah kekecewaan dalam ujian-ujian sebelum ini. Buangkan sifat malas, dengki, khianat yang bersarang dalam hati.

Bila kita berjaya tiada sebab guru bertanya kenapa. Tapi kalau gagal seribu satu alasan sudah direka bersedia dijawab bila guru atau bapa bertanya. Itulah manusia..

Selamat Berjaya ... مع التوفيق والنجاح

No comments: